HUKUM POLIGAMI
SUNAT
Apabila seseorang lelaki memerlukan isteri yang lain; contohnya, beliau tidak cukup dengan hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan beliau mengkehendaki anak dan dia merasa mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.Hukum poligami pada ketika ini adalah sunat. Ini kerana, ia mempunyai kebaikan serta maslahat syarak. Ramai kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w berkahwin lebih dari satu.
MAKRUH
Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambah keseronokkan hawa nafsu semata-mata dan dia meragui ( syak ) kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hokum poligami ketika ini adalah makruh. Ini kerana poligami itu bukan kerana keperluan dan boleh jadi kesan daripada perkahwinan itu akan memberikan kemudharatan kepada isteri-isterinya disebabkan kerana tidak mampu berlaku adil terhadap mereka. SabdaRasulullahs.a.w :
دعمايريبكإلىمالايريبك
“ Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukankamu ”.
(Imam an-Nawawi, Abu ZakariaYahya bin Syarf an-Nawawi.Hadithriwayat Imam at-Tirmizi daripada Hassan bin Ali r.a dalam bab berkenaan keadaan kiamat dan bab ikatlah ia dan bertawakal .Katanya hadith ini hasan shohih. No. 2520.Dar as-Salam.Cetakan pertama.Tahun 2002.)

HARAM
Jika seseorang lelaki ingin berpoligami merasa zhan atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, boleh jadi kerana kemiskinan atau kerana kelemahanya atau dia tidak yakin dirinya dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya, hukum poligami pada ketika ini ialah haram kerana ia akan member kemudaratan kepada orang lain. SabdaRasulullah s.a.w :
لاضررولاضرار
“ Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.”
(Ibnu Majah, Abu Abdullah Muhammad ibnYazid al-Qazawini. Diriwayatkan Dalam Kitab Hukum-Hakam, Bab Sesiapa Yang Menggunakan Haknya Tetapi Memudaratkan Jirannya.)
(Ibnu Majah, Abu Abdullah Muhammad ibnYazid al-Qazawini. Diriwayatkan Dalam Kitab Hukum-Hakam, Bab Sesiapa Yang Menggunakan Haknya Tetapi Memudaratkan Jirannya.)
Firman Allah s.w.t :
فَإِنْخِفْتُمْأَلَّاتَعْدِلُوافَوَاحِدَةًأَوْمَامَلَكَتْأَيْمَانُكُمْذَلِكَأَدْنَىأَلَّاتَعُولُوا
“ Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa’: 3.)
No comments:
Post a Comment